Rabu, 27 April 2011

Sekolah-sekolah aku (Wowww!!!)


  • Aku mula sekolah masa umur 6 tahun kat KEMAS. Dapat cikgu garang, dan cikgu tu juga la yang mengajar adik-adik aku yang lain (dah 5 generasi).




  • Masa umur 7 tahun, aku sekolah di Sekolah Kebangsaan Simpang Lima (SKSL). Aku belajar dekat sini dari darjah 1 sampai darjah 5 je. Selepas tu, mak aku suruh pindah sekolah sebabnya kata mak, aku kuat main ( macam la pindah sekolah aku tak banyak main...kuikuikui..)



Ni la logo sekolah rendah pertama aku.SK Simpang Lima.




  • Darjah 6 aku dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bagan Terap ( SKBT ). Masa kena pindah ni memang tak rela la sebab duduk jauh dengan keluarga (kena duduk asrama di usia yang muda ).



  

Logo SKBT dan aku telah habiskan sisa hidup aku masa umur 12 tahun dekat sini la (kahkahkah...ayat...ayat..)



  • Dengan berbekalkan keputusan UPSR yang tak memberangsangkan, aku meneruskan zaman persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap ( bersebelahan dengan sekolah rendah aku je). Dekat sini pun aku tak lama, aku TERPAKSA dipindahkan lagi...                    ( waaa....tak rela)




Ni logo SMKBT. Aku sekolah sini, dari tingkatan 1 hingga 3 je.



Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan (SMTTI). Dari Selangor aku dipindahkan ke Sekolah di negeri Perak.  Dekat sini, aku pilih Agroteknologi sebagai subjek dan kelas aku. Tingkatan 4 hingga 5, masa aku lama di negeri orang.




Banyak kenangan kot dekat sekolah ni dan aku meninggalkan sekolah ni dengan perasaan yang sangat gembira (wahaha..jahat!)



  • Selepas SPM, aku tak dapat apa-apa tawaran dari mana-mana (uuuu...baru menyesal). Ni la peluang terakhir  aku nak buktikan kepala otak aku ni boleh pakai lagi. Masa STPM aku teruskan belajar dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Berpanas, berhujan, berembun masa nak pergi sekolah, tapi aku tetap teruskan (baru nak sedar..huhuhu).Perjalanan dari rumah nak ke sekolah aku jauh kot ..7 km (nasib baik naik motor).





Ni la lencana SMK Sg Besar . Siap lencana aku post kan???. (hehehe...aku tak jumpa logo yang elok). Di sekolah ni la aku belajar dan ambil geografi sebagai kelas pilihan aku. 



Sehingga sekarang, semua sekolah yang pernah aku pergi untuk menimba ilmu, telah banyak memberi erti kehidupan kepada aku. Suka atau tak sekolah tu, kita harus tahu bahawa semuanya membuatkan hidup kita menjadi lebih berguna. Jutaan TERIMA KASIH buat semua guru yang pernah mendidik diri ini, segala jasa kalian tak kan aku lupakan.



Rasa nak picit-picit!!!

Geramnya aku dekat budak-budak kecik. Kali ni aku nak tunjuk gambar budak cute ni dari baby sampai sekarang. Dia ni pangkatnya, kira macam dua pupu kot. Ntahla (tak pasti.. budak ni maknya anak buah kepada mak aku). Namanya WANI huhuhu..


Tengok!! posing terkangkang macam ayam...


Gambar Zoom...Dah ada kedut-kedut bawah mata laaa...hahaha



Haaa....da besar  sikit...comelnye!!! Pipi gebussss




Dah pandai posing depan camera^ ^




Euuuwww...korek idong pon still cute!
with my mom ( dia kene panggil nenek)





Bersama rakan seusia ( sepupu-sepupu dia )...Cian dia, sorang je perempuan





Terselit kat tengah-tengah....alalalaaaa...





Ni tak boleh blah....seksi habis!





Mata bulat..ooooo....pokok kelapa comel kat atas kepala






Pipi tu rasa nak picit-picit je....


Zaman sekolah @ SMK Sg. Besar



Ketika di lower 6. Ramai yang takde, masa ni memang elergik kot kalau kene bergambar. 





    Yang ni muka bajet merenung masa depan.
 Gaya tak nak kalah...




Masa di dalam perpustakaan. Ambil gambar ni guna handset kot. (wahaha, degil tol..bukan tak boleh bawa ke handset??). Tapi aku  boleh siap posing lagi dekat dalam perpustakaan.




SEGALANYA kerana CINTA HATI aku

Tengok tajuk je mesti dah bajet Cinta Hati aku tu lelaki kan???.. Salah...(cuba lagi huhuhu)








Inilah cinta hati aku. Ramai....Abah (En. Mohd Razali), Emak (Pn. Junainah), Kak Ngah ( Nur Haida), Kak Cik (Nurul Husna), Abang (Mohd Izham), Adik ( Mohd Zaim) & aku (berbaju ungu) hehehe.




Tanpa mereka, aku tak kan berjaya sehingga ke hari in.Semangat yang diberikan, segala kasih sayang yang kau curahkan, segala wang yang kau laburkan, segala doa yang kau iringkan....akan ku balas dan ku kenang.





Kerana cintamu yang paling teratas


'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." 

KEMBARA



Ni la group ko-k aku (atau masa zaman sekolah dulu dipanggil kokorikulum). Dekat UUM, kami kena pilih apa-apa saja yang kami minat sebagai pilihan Ko-k. 4 sem berturut kami kena habiskan ko-k (semuanya markah tu). Tapi, U aku je kot yang bukan main lama, U lain lepak je 2 sem (lantakla...). Dan aku telah memilih KEMBARA sebagai ko-k aku.




Mula-mula, memang tak boleh terima. Macam terlalu lasak untuk perempuan seperti aku (tu la...gatal sangat nak pilih).Dah lama-lama, seronok sangat...aktiviti yang lasak dah macam sebati dengan jiwa aku (hahaha...poyo je). Banyak aktiviti yang kami dah lakukan macam XPDC kayak dan Insyaallah sem
 depan, naik Gunung Jerai.




Sedih rasanya bila fikirkan sem depan sem akhir aku dengan KEMBARA. Kenangan bersama korang memang tak kan aku lupa.

GROUP B KEMBARA THE BEST!!!

Study Week vs Final Exam @UUM

Waaaaa.... time aku post ni belum lagi study week, tapi dah rasa kegentarannya. Lagi 1 hari baru mula study week, dan bermakna lagi 1 minggu mula final exam.Uissshhhh...cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis sem ni. Berbaki lagi 2 sem hidup aku sebagai seorang pelajar (Insyaallah...). Bukan senang hidup sebagai budak U ni. Betul....tak tipu. Kalau nak tau, assignment aku banyak lagi yang belum dihantar walaupun dah nak study week ni (bukan malas ek, assignment dapat lambat dan tarikh hantarnya masa minggu study).huhuhu...alasan yang boleh diterima pakai kan???.


 Ada sesetengah pensyarah yang kita susah nak jumpa masa macam ni. Ingat boleh la bodek-bodek mintak tips exam. Penat turun naik tangga sampai tercungap-cungap, tapi pensyarah takde....(uuuu....sampai hati, penat tau.Kalau ade lif @ escalator xpe la).


 Petang tadi juga aku pergi hantar assignment FM, assignment group kawan mintak tolong hantar. Aku pun pergi la, (tp ni ok ckt, naik lif atau nama orang putihnya evalator). Pergi punya pergi, pensyarah takde, ahhh....(dah mula ak nak hangin). Dekat mane lak aku nak letak assignment ni (aku terfikir-fikir). Nak bawa balik, jangan harap..jauh kot aku berjalan dari kolej ke bangunan pensyarah. BerJALAN ok...bukan naik pengangkutan awam @ kenderaan bertayar dua atau empat. Aku telefon kawan aku, kawan aku cakap 'ko bawak pen tak?? kalau bawak...ko letak nota kat board lecturer cakap group kita dah hantar'. Ermmmm...sebenarnya, aku tak bawa apa-apa pon (melenggang kangkung je), masalah-masalah...tak kan aku nak tulis pakai air liur pulak kan.Aku tengok kiri kanan, nampak budak cina ni, pinjam la pen dari dia. Dah siap tulis semua pesanan untuk Pensyarah dan pulang pen kat budak tu, aku balik. Tiba-tiba (suspen sikit), masa dalam perjalanan aku nak balik tu, kawan aku mesej, ' Lin, jap g Ku (nama kawan lain) ambik assignment tu balik, takut hilang'.


 Waaaa....penat kot. Tapi takpelah...bukan aku yang kena patah balik kan...Kalau tak, kembang kempis hidung aku kepenatan.

 Tu la penangan hidup sebagai pelajar U, penat (assignment banyak), takut (tiap kali nak exam) dan seronok( tak boleh diungkapkan kenapa)

Kau dan Aku adalah satu..


11/03/09 tarikh aku couple dengan cik abang ni. masuk tahun ni (2011) dah 2 tahun lamanya. Macam-macam hal sepanjang 2 tahun ni. Alhamdulillah masih kekal hingga waktu dan ketika ini. Aku dengan dia kenal sejak form 6 lagi tapi tak pernah bertegur pun, (kerek...bajet hensem la tu) kuikuikui...Kami couple lepas dapat result STPM ( result terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab yang sengaja dirahsiakan). Lepas tu, kami sambung belajar di Universiti Utara Malaysia, dalam course yang berbeza. Dia ambil Multimedia dan aku Business.


 Ramai yang cakap, 'waahhhhh (nada teruja) untung la ko dapat masuk U yang sama dengan pakwe'. aku pon jawab, 'ermmm (nada kononnya malu-malu ), ha ah..bolehla'. Dalam hati (hahahaha....macam mana tak sama, dah aku gedik-gedik pilih U pilihan pertama dan kedua U yang sama. Ikut hati aku, pilihan pertama hingga terakhhir aku nak pilih U yang sama dengan dia).


 Bagi aku, dia ni baik, pendiam, dan pemalu. (pendiam tu dulu...masa mula-mula kenal la) sekarang, fuuhhh.... tak payah cakap la. Pemalu tu ye, kalau malu dia datang...habis berpeluh-peluh dibuatnya. Aku rasa, dia satu-satunya teman aku yang faham dan ambil berat pasal aku. Dengan perangai aku yang manjang nak merajuk, suka cari gaduh..aku rasa dia je yang tahan. Harap hubungan ni kekal sehingga akhir hayat..bukan sebagai teman mesra dan bercinta sahaja, tetapi sebagai teman hidup juga, Insyaallah.....