Ramai yang cakap, 'waahhhhh (nada teruja) untung la ko dapat masuk U yang sama dengan pakwe'. aku pon jawab, 'ermmm (nada kononnya malu-malu ), ha ah..bolehla'. Dalam hati (hahahaha....macam mana tak sama, dah aku gedik-gedik pilih U pilihan pertama dan kedua U yang sama. Ikut hati aku, pilihan pertama hingga terakhhir aku nak pilih U yang sama dengan dia).
Bagi aku, dia ni baik, pendiam, dan pemalu. (pendiam tu dulu...masa mula-mula kenal la) sekarang, fuuhhh.... tak payah cakap la. Pemalu tu ye, kalau malu dia datang...habis berpeluh-peluh dibuatnya. Aku rasa, dia satu-satunya teman aku yang faham dan ambil berat pasal aku. Dengan perangai aku yang manjang nak merajuk, suka cari gaduh..aku rasa dia je yang tahan. Harap hubungan ni kekal sehingga akhir hayat..bukan sebagai teman mesra dan bercinta sahaja, tetapi sebagai teman hidup juga, Insyaallah.....
likes
BalasPadam