- Aku mula sekolah masa umur 6 tahun kat KEMAS. Dapat cikgu garang, dan cikgu tu juga la yang mengajar adik-adik aku yang lain (dah 5 generasi).
- Masa umur 7 tahun, aku sekolah di Sekolah Kebangsaan Simpang Lima (SKSL). Aku belajar dekat sini dari darjah 1 sampai darjah 5 je. Selepas tu, mak aku suruh pindah sekolah sebabnya kata mak, aku kuat main ( macam la pindah sekolah aku tak banyak main...kuikuikui..)
Ni la logo sekolah rendah pertama aku.SK Simpang Lima.
- Darjah 6 aku dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bagan Terap ( SKBT ). Masa kena pindah ni memang tak rela la sebab duduk jauh dengan keluarga (kena duduk asrama di usia yang muda ).
Logo SKBT dan aku telah habiskan sisa hidup aku masa umur 12 tahun dekat sini la (kahkahkah...ayat...ayat..)
- Dengan berbekalkan keputusan UPSR yang tak memberangsangkan, aku meneruskan zaman persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap ( bersebelahan dengan sekolah rendah aku je). Dekat sini pun aku tak lama, aku TERPAKSA dipindahkan lagi... ( waaa....tak rela)
Ni logo SMKBT. Aku sekolah sini, dari tingkatan 1 hingga 3 je.
Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan (SMTTI). Dari Selangor aku dipindahkan ke Sekolah di negeri Perak. Dekat sini, aku pilih Agroteknologi sebagai subjek dan kelas aku. Tingkatan 4 hingga 5, masa aku lama di negeri orang.
Banyak kenangan kot dekat sekolah ni dan aku meninggalkan sekolah ni dengan perasaan yang sangat gembira (wahaha..jahat!)
- Selepas SPM, aku tak dapat apa-apa tawaran dari mana-mana (uuuu...baru menyesal). Ni la peluang terakhir aku nak buktikan kepala otak aku ni boleh pakai lagi. Masa STPM aku teruskan belajar dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Berpanas, berhujan, berembun masa nak pergi sekolah, tapi aku tetap teruskan (baru nak sedar..huhuhu).Perjalanan dari rumah nak ke sekolah aku jauh kot ..7 km (nasib baik naik motor).
Ni la lencana SMK Sg Besar . Siap lencana aku post kan???. (hehehe...aku tak jumpa logo yang elok). Di sekolah ni la aku belajar dan ambil geografi sebagai kelas pilihan aku.
Sehingga sekarang, semua sekolah yang pernah aku pergi untuk menimba ilmu, telah banyak memberi erti kehidupan kepada aku. Suka atau tak sekolah tu, kita harus tahu bahawa semuanya membuatkan hidup kita menjadi lebih berguna. Jutaan TERIMA KASIH buat semua guru yang pernah mendidik diri ini, segala jasa kalian tak kan aku lupakan.